Home SemasaGlobal Amerika Syarikat minta rakyatnya segera keluar dari Rusia

Amerika Syarikat minta rakyatnya segera keluar dari Rusia

by M.Daim

MOSKOW,13 Feb – Pihak kerajaan Amerika Syarikat telah mengarahkan rakyatnya yang berada di Rusia untuk keluar dari negara itu pada kadar segera.

Pihak kedutaan AS di Moskow dalam satu notis perjalanan turut menyatakan nasihat rakyat negara itu untuk tidak mengembara ke Rusia.

“Lantaran daripada kesan yang tak menentu akibat peperangan di Ukraine, rakyat AS berisiko untuk diganggu dan ditahan oleh agensi kerajaan Rusia,

“Kapasiti perkhidmatan kerajaan untuk membantu warga AS di Rusia adalah terhad terutamanya di kawasan yang lebih jauh dari pihak kedutaan,

“Ini berikutan sekatan yang dikenakan oleh Moskow terhadap kakitangan kedutaan dan konsulat,” kata kenyataan itu.

Selain daripada itu, rakyat AS yang memegang dwi kerakyatan dengan Rusia berdepan dengan risiko untuk dikerah untuk menyertai peperangan yang berlaku di timur Eropah.

“Pada September lalu, kerajaan Rusia telah mengatur gerak rakyatnya untuk menyertai pasukan tentera bagi mendukung operasi ketenteraan di Ukraine,

“Rusia berkemungkinan untuk tidak mengiktiraf dwi kerakyatan dengan AS, menghalang akses kepada khidmat bantuan konsular, menghalang mereka untuk keluar negara dan menyerap mereka untuk menyertai tentera,” kata amaran itu.

Tambahnya, kad kredit dan kad debit AS tidak lagi boleh berfungsi di Rusia berikutan sekatan yang dikenakan terhadap Moskow.

“Opsyen untuk melakukan pemindahan wang secara elektronik dari AS amat terhad kerana bank Rusia berhadapan dengan sekatan global,” jelas pihak kedutaan AS di Moskow. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply