Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bot nelayan tempatan gaji PATI Thailand, Myanmar ditahan – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Bot nelayan tempatan gaji PATI Thailand, Myanmar ditahan

Bot nelayan tempatan gaji PATI Thailand, Myanmar ditahan

by Muaz Rizqi

GEORGETOWN, 24 Jan – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah bot nelayan tempatan bersama seorang tekong warga Thailand dan 4 kru warga Myanmar pada sekitar jam 4.51 pada Ahad lalu.

Pengarah APMM Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, penahanan itu dibuat oleh kapal APMM ketika melakukan pemeriksaan terhadap sebuah bot nelayan tempatan kelas C dalam rondaan OP PERTIWI dan OP TANJUNG baru-baru ini.

“Bot nelayan tempatan yang berpangkalan di Pantai Remis, Perak itu ditahan pada kedudukan 13 batu nautika barat daya Pulau Kendi,

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot dikendalikan oleh seorang tekong warga Thailand dan 4 kru warga Myanmar berumur antara 27 hingga 55 tahun di mana 2 daripada kru warga Myanmar gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah serta melanggar syarat sah lesen,

“Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu melanggar syarat lesen dengan menggunakan kru asing tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” ujarnya lagi.

Menurut Abd Razak, bot serta kesemua kru ditahan termasuk 100 kilogram hasil laut dibawa ke Jeti Limbungan Batu Maung sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat APMM untuk siasatan lanjut.

Pihak APMM mendapati masih terdapat segelintir pengusaha atau pemilik bot yang berdegil menggunakan PATI untuk bekerja di atas bot mereka walaupun tangkapan dan amaran dibuat sebelum ini.

Dalam masa yang sama beliau menegaskan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih tegas ke atas mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang melanggar undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.

“Sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut, orang ramai boleh segera menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.” Jelasnya lagi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?