Home Pertahanan dan Keselamatan Harimau 10 laksana Program Jiwa Murni di Wadi Jilu, Lubnan

Harimau 10 laksana Program Jiwa Murni di Wadi Jilu, Lubnan

by Muaz Rizqi

LUBNAN, 4 Jan – Pasukan Malaysian Battalion (MALBATT) 850-10 telah melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) dengan melaksanakan pembersihan dan membaikpulih taman permainan di Wadi Jilu, pada Selasa.

MALBATT 850-10 menerusi hantaran media sosialnya menjelaskan, aktiviti yang dilaksanakan adalah bagi memberi keselesaan kepada komuniti setempat Wadi Jilu untuk terus melakukan aktiviti riadah pada semua peringkat umur di sana.

“Program ini adalah kolaborasi antara MALBATT dan Krew KD MAHAWANGSA. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah mengecat taman permainan yang kelihatan sudah usang tanpa senggaraan serta pembersihan kawasan” jelas hantaran itu.

Di akhir program, Pegawai Memerintah KD Mahawangsa, Kepten Mohd Amin Mat Tahir TLDM menyerahkan sumbangan berupa mainan kepada Komander MALBATT 850-10, Kolonel Mohd Rizman Ramli untuk diagihkan kepada kanak-kanak yang hadir sepanjang program dilaksanakan. -airtimes.my

Galeri Gambar:

Related Articles

Leave a Reply