Home Pertahanan dan Keselamatan APMM rampas 25 kotak rokok seludup di perairan Kuala Batu Pahat

APMM rampas 25 kotak rokok seludup di perairan Kuala Batu Pahat

by Nurulhuda

BATU PAHAT, 22 Dis – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Zon Maritim Batu Pahat berjaya menumpaskan cubaan seludup masuk rokok kretek pelbagai jenama disyaki dari negara jiran di perairan Kuala Batu Pahat, awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus memaklumkan, rampasan dilakukan ketika bot ronda APMM sedang melaksanakan Op Jaksa dan Op Sapu Air 2022 telah mengesan sebuah bot pancung tanpa nombor pendaftaran berada dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, sebaik bot ronda APMM menghampiri untuk melakukan pemeriksaan, bot suspek bertindak memecut laju ke arah daratan dan kelihatan kedua-dua suspek telah terjun meninggalkan bot seterusnya melarikan diri ke arah daratan terhampir.

“Pemeriksaan ke atas bot fiber berwarna merah putih tanpa nombor pendaftaran itu menggunakan enjin jenis Yamaha 40 kuasa kuda,

“Pemeriksaan lanjut mendapati sebanyak 25 kotak mengandungi kira-kira 282 ribu batang rokok kretek pelbagai jenama dan disyaki tidak bercukai,

“Kesemua bot disyaki di seludup masuk dari negara jiran Indonesia untuk dijual secara haram dalam negara ini,” jelasnya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Haniff menjelaskan, bot fiber beserta sebuah enjin jenama Yamaha 40 kuasa kuda dan 25 kotakr okok dirampas serta ditunda ke Zon APMM Batu Pahat.

Jelasnya, kes akan disiasat dibawah Akta Kastam 1967 dan nilai keseluruhan rampasan rokok termasuk bot fiber beserta enjin dianggarkan berjumlah lebih RM303 ribu.

Dalam masa yang sama, beliau menjelaskan, pihaknya akan terus terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelanggaran undang-undang dapat dibenteras dan dikurangkan malahan akan terus memastikan perairan Johor selamat, aman dan terkawal.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply