Home Pertahanan dan Keselamatan JHEV sasar 800 Program Cakna Veteran ATM setiap tahun

JHEV sasar 800 Program Cakna Veteran ATM setiap tahun

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) menyatakan pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 800 Program Cakna Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) setiap tahun.

“Program Cakna Veteran di seluruh negara masih lagi diteruskan dengan sasaran sekurang-kurangnya sebanyak 800 program cakna dilaksanakan setiap tahun,

“Ini bagi memastikan semua Veteran ATM di seluruh negara dapat menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh JEHV,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), Mejar Jeneral Zambery Jefry Darus telah melaksanakan lawatan kebajikan sempena Program Cakna Veteran ATM kepada 4 orang veteran iaitu Marzilam Ramli (29007), En. Mohamad Robani (27743) , Abdul Jalil Bawa (710584) dan Mej (B) Hamzah Ahmad (411250)  di sekitar daerah Kluang, Johor

“Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM telah menyampaikan penyerahan sumbangan kotak makanan dan wang tunai kepada 4 Veteran ATM terbabit bagi meringankan beban,

“Pada program ini juga telah dibuat sumbangan lampin pakai buang kepada veteran Mohamad bin Robani yang terlantar akibat penyakit strok,

“Sumbangan adalah daripada Yayasan Veteran ATM,” kata kenyataan itu.

Zambery turut diiringi oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mejar Zulkifly Bahtiar dan Yang Dipertua serta ahli PVATM Cawangan Kluang, Johor.

Tambah JHEV, Program Cakna Veteran ATM ini merupakan salah satu program yang dirancangkan dalam memastikan agenda kebajikan veteram dan tanggungannya sentiasa diutamakan

“Program Cakna Veteran ATM yang dijalankan oleh JHEV ATM merangkumi lawatan kebajikan dan penyampaian sumbangan ke atas Veteran ATM yang mengalami sakit kritikal, kronik serta hidup dalam keadaan daif,

“Beberapa siri program serta majlis ramah mesra Veteran ATM telah diadakan oleh Ketua Pengarah JHEV ATM dan turut dilaksanakan oleh Pengarah Cawangan Negeri di seluruh negara dengan jumlah perbelanjaan sehingga 30 Jun 2022 adalah RM 101,600.00,” jelas JHEV. – airtimes.my

Galeri Foto:

Related Articles

Leave a Reply