SARAWAK, 14 Okt – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) telah melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) di Kampung Belimbing Darul Islam, Padawan pada 9 Oktober lalu.
MK PMTTD menerusi hantaran media sosialnya berkata, aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti smart solat, kuliah agama, pendidikan kesihatan, kempen Jom Masuk Tentera, pemeriksaan kesihatan serta pameran senjata.
“Program ini turut menyasarkan peranan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhadap masyarakat tempatan yang berteraskan pendidikan keagamaan dan khidmat komuniti,
“Penduduk Kampung Belimbing Darul Islam yang rata-ratanya daripada kalangan kaum Bidayuh beragama Islam dan turut dihadiri seramai 400 orang pengunjung yang memfokuskan terhadap tiga agenda utama iaitu kerohanian, pendidikan dan kebajikan,” jelas MK PMTTD.
Sementara itu, Ketua Kaum, Encik Durani Bahrum meluahkan rasa terharu atas keprihatinan ATM terhadap kebajikan warga Kampung Belimbing dan berharap agar aktiviti ini dapat dikekalkan pada masa hadapan.
Tedahulu, Ketua Staf Am MK PMTTD Mejer Jeneral Datuk Reizal Arif Tan Sri Ismail merasmikan Program Jiwa Murni (PJM) berteraskan Pelan Strategik MINDEF (PSM).
“Turut hadir Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Brigidier Jeneral Mohd Kamil Abdul Latif, Ketua Pengarah Tadbir dan Logistik MK PMTTD, Brigidier Jeneral Azelan Abu Bakar dan Ketua Pengarah Kesihatan MK PMTTD, Brigidier Jeneral Zainal Othman,
“Majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah, cendera hati dan sesi bergambar bersama masyarakat tempatan,” ujarnya. – airtimes.my
