Home SemasaGlobal Putin meterai dekri sahkan wilayah ditawan dari Ukraine milik Rusia

Putin meterai dekri sahkan wilayah ditawan dari Ukraine milik Rusia

by M.Daim

MOSKOW, 5 Okt – Presiden Rusia, Vladimir Putin telah menandatangani dekri untuk memasukan beberapa wilayah ditawan oleh negara kuasa besar itu sebagai sebahagian daripada Rusia.

Dekri yang dimeterai tersebut telah menjadikan Donetsk, Lugansk, Kherson dan Zaporozhyev sebagai wilayah Rusia.

“Satu perjanjian telah dimeterai di Moskow pada akhir Oktober lalu yang menyentuh pembentukan sempadan wilayah,” lapor media Rusia, TASS.

Menurut laporan itu, kesemua wilayah terbabit akan melalui transisi sebelum menjadi wilayah Rusia sepenuhnya pada tahun 2026.

Pada ketika ini, mata wang Ukraine masih lagi dibenarkan untuk digunakan bagi transaksi perniagaan tunai dan tanpa tunai.

Sebelum ini, Putin bersama pemimpin dari keempat-empat wilayah terbabit telah meterai perjanjian ratifikasi untuk menyertai Rusia di Kremlin.

Perjanjian tersebut dimeterai selepas undian referendum di wilayah terbabit memilih untuk menyertai Rusia.

Donetsk, Lugansk, Kherson dan Zaporozhyev merupakan antara wilayah yang menyaksikan pergolakan antara Kyiv dan Moskow semenjak tahun 2014. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply