Home Pertahanan dan Keselamatan Imigresen Sabah usir 527 PATI warga Filipina ke negara asal

Imigresen Sabah usir 527 PATI warga Filipina ke negara asal

by Nurulhuda

SANDAKAN, 20 Sept – Seramai 527 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina yang ditahan di 4 Depot Imigresen di Sabah, dihantar pulang ke negara mereka melalui Pelabuhan Sandakan, semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, daripada jumlah itu seramai 383 lelaki, 106 orang wanita dan 20 kanak-kanak.

“Semua tahanan sebelum ini ditahan di depot Imigresen Kota Kinabalu, depot Imigresen Papar, depot Imigresen Sandakan dan depot Imigresen Tawau,

“Kesemua tahanan dipindahkan dengan selamat dan diiring masuk sehingga ke dalam Vessel (Laut) MV-Antonia 1 kira-kira jam 9.15 malam Rabu,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurut beliau, semua PATI terbabit ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan – Peraturan Imigresen 1963.

“Semua hukuman mengikut proses perundangan negara ini untuk mereka diusir keluar dari Sabah,

“Sehubungan itu, semua warganegara asing diingatkan agar mendapatkan dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah terlebih sebelum masuk ke Sabah,” jelasnya lagi.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan, JIM Sabah akan terus komited melakukan tindakan penguatkuasaan dan penghantaran pulang PATI selepas mereka melalui semua proses perundangan dan mendapat pengesahan daripada kedutaan masing-masing. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply