Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan bot nelayan Indonesia, ceroboh perairan negara

APMM tahan bot nelayan Indonesia, ceroboh perairan negara

by Air Times News Network

GEORGETOWN, 15 Sept – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan asing Indonesia yang cuba menceroboh perairan negara di Pulau Kendi, semalam.

Pengarah APMM Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, bot berkenaan ditahan oleh Kapal Maritim (KM) Nyalau pada kedudukan 51.9 batu nautika barat daya Pulau Kendi pada jam 2.50 petang.

“Bot milik Indonesia itu dikesan ketika sedang melakukan aktiviti penangkapan ikan di perairan negara,

“Pemeriksaan awal dijalankan mendapati bot berkenaan telah dikendalikan oleh 22 kru termasuk tekong berumur antara 20 hingga 56 tahun dan kesemua merupakan warga Indonesia,” jelas beliau.

Menurunya, mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri iaitu passport dan kesemuanya ditahan serta dibawa ke APMM Pulau Pinang sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti perikanan dalam perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu berada di Malaysia tanpa suatu pas yang sah,

“Sebarang maklumat berkenaan sebarang aktiviti kesalahan di laut boleh disalurkan ke talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang 04-2626146,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply