Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan 5 nelayan Vietnam curi hasil laut di perairan Kelatan

APMM tahan 5 nelayan Vietnam curi hasil laut di perairan Kelatan

by Air Times News Network

PASIR PUTIH, 30 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan sebuah bot nelayan Vietnam yang disyaki melakukan aktiviti menangguk gamat pada jarak lebih kurang 40 batu nautika daripada Muara Tok Bali dan 11.6 batu nautika sempadan Thailand, kelmarin.

Pengarah APMM Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata, pasukannya yang sedang melaksanakan Operasi Khas Barat dan Operasi Damai telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.

“Menyedari kehadiran penguatkuasa, bot tersebut cuba melarikan diri setelah hampir 45 minit mengejar, bot berjaya ditahan dan membuat pengeledahan,

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan oleh 5 kru warga Vietnam yang berumur diantara 34 hingga 61 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,

“Pemeriksaan lanjut dilakukan mendapati lebih kurang 200 kilogram (kg) gamat berada di atas bot yang dipercayai ditangkap di perairan Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, tekong juga gagal mempamerkan sebarang dokumen kebenaran melakukan aktiviti perikanan di kawasan perairan Malaysia.

“Nilai rampasan keseluruhan termasuk bot, gamat lebih kurang 200 kg, bahan bakar diesel lebih kurang 2,000 liter dan peralatan menangguk gamat dianggarkan berjumlah RM429 ribu,

“Bot dan kesemua mereka ditahan serta dibawa ke Jeti APMM Kelantan dan tiba pada jam 2.45 pagi,

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan atau cuba menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia dan Seksyen 16 (3) akta yang sama,” jelasnya. – airitmes.my

Related Articles

Leave a Reply