Home Pertahanan dan Keselamatan 3 tekong, 16 PATI diberkas cuba keluar dari Malaysia

3 tekong, 16 PATI diberkas cuba keluar dari Malaysia

by Nurulhuda

KOTA TINGGI, 29 Ogos – Pihak polis telah menahan 3 orang tekong darat dan 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan semak tepi jalan Pengerang pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, kesemua tekong dan PATI itu diberkas selepas pihaknya menahan sebuah kereta yang dipandu seorang warga asing.

Beliau memaklumkan, kesemua tekong darat dan PATI tersebut diberkas berdekatan kawasan itu ketika cuba keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.

“Pada jam 12.30 tengah malam Sabtu, bertindak atas maklumat Op Pintas, sepasukan anggota dari Balai Polis Pengerang menahan sebuah kenderaan jenis Honda CR-V di kawasan tepi Jalan Pengerang dipandu lelaki tersebut,

“Hasil soal siasat awal, pemandu tersebut menunjukkan sekumpulan 16 lelaki warga asing berumur lingkungan 21 hingga 46 tahun di kawasan berdekatan disyaki cuba keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Susulan itu, Hussin menjelaskan, pada jam 6 pagi Ahad, pihak polis menahan sebuah kereta Proton Waja dipandu lelaki warga asing berumur 30-an yang disyaki terlibat dalam menguruskan perjalanan kesemua migran tersebut.

“Pihak polis kemudian dibawa ke sebuah rumah penampungan di kawasan Kulai dan menahan seorang wanita warga tempatan disyaki menjadi penjaga rumah itu yang menyediakan tempat sebagai transit kepada kesemua migran berkenaan,” katanya.

Menurut Hussin, kesemua tekong darat dan PATI itu ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply