Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Eksesais MALINDO JAYA: KD Lekiu, KD Sri Indera Sakti belayar lintasi garisan khatulistiwa

Eksesais MALINDO JAYA: KD Lekiu, KD Sri Indera Sakti belayar lintasi garisan khatulistiwa

by Air Times News Network

SUMATERA, 28 Ogos – Kapal Diraja (KD) LEKIU dan KD SRI INDERA SAKTI milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berjaya melintasi garisan khatulistiwa semasa pelayaran menuju ke Surabaya sempena Eksesais MALINDO JAYA 26AB/22.

TLDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, 2 kapal tersebut berjaya melintasi garisan khatulistiwa di latitud 00o00.00 dan longitud 106o30.89T pada 25 Ogos lalu.

“KD Lekiu telah meraikan acara melintasi garisan khatulistiwa (Crossing Equator) sebagai salah satu tradisi tentera laut,

“Sambutan dimeriahkan lagi dengan sesi penyampaian sijil Crossing Equator sebagai tanda kenang-kenangan yang disempurnakan oleh Pegawai Memerintah KD LEKIU, Pemangku Kepten Mohd Reduan Ayob TLDM kepada semua warga sejurus kapal melintasi garisan tersebut,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply