Home Pertahanan dan Keselamatan Skandal LCS: SPRM wajar ambil tindakan segera

Skandal LCS: SPRM wajar ambil tindakan segera

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini digesa untuk melakukan siasatan dan tindakan pendakwaan terhadap individu yang terlibat dalam salah laku projek perolehan Kapal Tempur Pesisir (Littoral Combat Ship, LCS).

Bekas Menteri Pertahanan serta mantan Timbalan Pertahanan, Mohamad Sabu dan Liew Chin Tong dalam satu kenyataan berkata, SPRM seharusnya telah mempunyai maklumat dan bukti yang mencukupi untuk melakukan tindakan.

Menurutnya, laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan 2 dokumen yang dinyahklasifikasikan berhubung isu LCS telah didedahkan kepada umum.

“SPRM menghantar wakil ke semua prosiding PAC. Mereka juga menerima salinan semua laporan ( JKSTUPKK semasa laporan-laporan ini dibentangkan dan Laporan Pengauditan Forensik berkenaan projek LCS.,

“Laporan JKSTUPKK berkenaan projek LCS dan projek NGPV dibentangkan kepada Kementerian Pertahanan pada Ogos 2019 dan dipanjangkan kepada SPRM dengan serta merta,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, JKSTUPKK yang ditubuhkan pada Mei 2018 telah menyiasat 16 kes land swap dan mendapati 12 daripadanya adalah bermasalah.

Pada masa yang sama, Mat Sabu dan Chin Tong menggesa Jemaah Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat rasuah dan penyelewengan dalam perolehan LCS.

“Pihak Jemaah Menteri perlu mencadangkan hala tuju, penggubalan undang-undang dan tata-kelola baharu untuk mengelakkan penyelewengan seperti dalam Projek LCS dan Projek NGPV berulang,” kata kenyataan itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply