Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: 32 PATI diusir cuba lolos masuk ke negara

Op Benteng: 32 PATI diusir cuba lolos masuk ke negara

by Air Times News Network

LUNDU, 10 Ogos – Seramai 32 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah diusir balik ke negara asal selepas ditangkap ketika cuba membolosi sempadan negara di Ladang Kelapa Sawit Rimbunan Hijau, semalam.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (MK 1Div) dalam kenyataan berkata, Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Bgd) telah melaksanakan rondaan sekitar jam 3.45 petang di kawasan tanggungjawab Pos Kandaie.

“Semasa rondaan dilaksanakan anggota  telah terserempak dengan sekumpulan individu dalam keadaan mencurigakan sekitar 150 dari arah sempadan Malaysia-Indonesia memasuki negara ini melalui laluan yang tidak di wartakan dengan menggunakan motosikal,

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai 32 PATI yang terdiri daripada 20 lelaki dewasa, 9 wanita dewasa warga negara Indonesia berusia 17 hingga 56 tahun,

“Manakala 3 orang kanak-kanak yang berusia 9 bulan hingga 3 tahun,” katanya.

Tambahnya, kesemua PATI yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen rentas sempadan yang sah.

“Nilai keseluruhan barangan yang dibawa dianggarkan berjumlah RM100,667.80 termasuk pakaian dan barangan peribadi melibatkan 19 buah motosikal bersama 24 buah telefon bimbit serta wang tunai matawang Indonesia berjumlah IDR 33,328,000.00 (RM10 ribu),

“Kasemua PATI telah dibuat pengusiran pulang ke negara asal dengan diiringi Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD) di Pos Kumba Semunying,

“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Tentera Darat Malaysia (TDM) terus komited mengawal keselamatan dan memastikan kedaulatan negara terus terpelihara terutama dalam memastikan tiada sebarang pencerobohan PATI mahupun jenayah rentas sempadan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply