Home Pertahanan dan Keselamatan JIM serbu penempatan kontena warga asing dan private party

JIM serbu penempatan kontena warga asing dan private party

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengadakan operasi penguatkuasaan ke atas 2 premis berbeza berdasarkan keprihatinan aduan awam akan kegiatan mencurigakan melibatkan warga asing di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, pada Sabtu lepas.

Ketua Pengarah JIM, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud berkata, dalam kedua-dua serbuan ini pihak JIM telah memeriksa seramai 365 individu dan 84 orang daripadanya merupakan warga asing yang berumur antara 20 hingga 50 tahun.

“Dalam operasi pertama pasukan JIM telah menyerbu sebuah private party dimana tetamu terdiri dari warga asing majoritinya dari benua Afrika serta pengajurnya merupakan warga tempatan,

“Kejadian provokasi telah terjadi semasa pemeriksaan dijalankan kerana terdapat cubaan melarikan diri tetapi situasi dapat ditenangkan,”

“Seramai 171 orang telah diperiksa dan 25 orang yang ditahan merupakan dari petugas majlis, artis persembahan, pelayan, tetamu serta antara kesalahan dikenalpasti ialah tidak mempunyai dokumen sah, pas tamat tempoh,” jelas beliau.

Menurutnya, parti ini didapati menghidangkan minuman keras serta melakukan persembahan menjolok mata dan yuran kemasukan yang dikenakan bagi setiap tetamu adalah sebanyak RM150.

“Pegawai JIM telah mengepung kawasan penempatan ini sebelum memulakan pemeriksaan dimana ia merupakan tempat warga asing berbentuk kontena 3 tingkat yang terletak di Brickfields,

“Berlaku aksi kejar mengejar semasa pemeriksaan dijalankan dan hasil tangkapan didapati kebanyakkannya terdiri dari warga Bangladesh, Indonesia, Myammar, Pakistan serta Nepal,

“294 orang warga asing diperiksa dan seramai 59 orang terdiri daripada pelbagai warganegara telah ditahan,” ujarnya.

Tambah beliau, antara kesalahan yang ditahan merupakan tinggal lebih masa, tidak mempunyai dokumen atau pas yang sah untuk tinggal serta peserta Program Rekalibrasi pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditolak.

“Kesemua telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajay bagi tindakan lanjut serta warga tempatan yang ditahan dikenakan notis untuk hadir memberikan keterangan,

“Kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply