Home Pertahanan dan Keselamatan TLDM hargai keputusan kerajaan teruskan projek LCS

TLDM hargai keputusan kerajaan teruskan projek LCS

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghargai keputusan kerajaan untuk meneruskan projek perolehan Kapal Tempur Persisir (LCS).

Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut dalam kenyataan berkata, keputusan ini tepat dan didorong oleh keprihatinan kerajaan untuk mengutamakan kepentingan kedaulatan negara.

“TLDM ingin menyatakan sokongan agar sebarang ketirisan di dalam projek ini disiasat, seterusnya pihak-pihak yang terbukti terbabit dengan perkara ini dibawa ke muka pengadilan seberapa segera,” katanya.

Dalam pada itu, TLDM amat mengalu-alukan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan mahukan hala tuju terbaik bagi projek LCS.

“TLDM ingin menekankan bahawa projek LCS ini merupakan perolehan kritikal bagi memelihara kedaulatan dan keselamatan negara,

“Keupayaan tempur yang perlu dimiliki TLDM mestilah sejajar dengan perkembangan lanskap keselamatan geostrategik dan geopolitik serantau,” ujarnya.

Katanya, Sebagai pengguna akhir (the end user), kelewatan pelaksanaan projek ini telah memberi kesan negatif bukan sahaja kepada keupayaan tempur armada TLDM.

“Malah juga kepada moral warga TLDM yang memerlukan kapal-kapal LCS ini untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan berkesan,

“Sehubungan itu, TLDM ingin menyeru semua pihak agar berganding bahu dan memberikan sokongan terhadap kelancaran pelaksanaan projek ini demi memelihara kedaulatan dan keselamatan perairan negara,” jelasnya.

Mengulas lanjut, pihak TLDM mengambil maklum dan melihat daripada sudut positif terhadap laporan PAC mengenai projek LCS yang dikeluarkan pada 4 Ogos 2022. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply