Home Pertahanan dan Keselamatan Dewan Rakyat lulus usul lanjut subseksyen SOSMA

Dewan Rakyat lulus usul lanjut subseksyen SOSMA

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 26 Jul – Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul melanjutkan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA bagi tempoh 5 tahun lagi bermula 31 Julai ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, seramai 111 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 88 Ahli Parlimen tidak bersetuju dan 21 Ahli Parlimen tidak hadir.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin telah membentangkan semula usul pelanjutan Subseksyen 4(5) Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) (Akta 747) di Dewan Rakyat, hari ini.

Hamzah berkata, subseksyen itu perlu dilanjutkan bagi menangani ancaman terhadap kedaulatan negara, keselamatan dan ketenteraman awam.

Dengan kelulusan ini, membolehkan polis melanjutkan tempoh penahanan individu yang ditangkap dan ditahan mengikut SOSMA sehingga 28 hari.

Pembentangan usul ini adalah kali kedua, selepas kali pertama pada 23 Mac lalu, namun gagal diluluskan selepas melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 85 Ahli Parlimen bersetuju manakala 86 lagi tidak bersetuju. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply