Home Pertahanan dan Keselamatan Eksesais Black Snake uji keupayaan anggota tentera selamat tebusan

Eksesais Black Snake uji keupayaan anggota tentera selamat tebusan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 14 Jul – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Bahagian Operasi Pasukan Khas Pertahanan (BOPKP) telah berjaya melaksanakan Eksesais BLACK SNAKE di Jejambat (Viaduct) 8 kilometer (km) daripada Terminal Skypark Subang pada 6 hingga 7 Julai lalu.

Markas ATM dalam hantaran di media sosialnya berkata, eksesais ini diadakan dengan kolaborasi bersama Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

“Eksesais ini bertujuan untuk menguji keupayaan dan kemahiran anggota First Responder Group (FRG) ATM dalam menghadapi krisis dengan melaksanakan operasi menyelamatkan tebusan di kawasan kritikal menyerupai situasi sebenar menggunakan keretapi komuter KTMB,

“Eksesais selama 2 hari ini turut menguji kemahiran anggota serangan melaksanakan penyusupan melalui udara ke sasaran yang dilaksanakan pada awal pagi,

“Ia juga turut menguji kemampuan anggota bantuan yang terdiri daripada Tim Chemical, Biological, Radiologi, Nuclear and Explosive (CBRNe) yang melaksanakan proses penyahcemaran di atas maintenance trolley train ke atas penumpang yang di tawan,” katanya.

Pada masa sama, eksesais ini juga melibatkan Tim Counter Improviced Explosive Device (CIED), Tim Perubatan, Tim Anjing Perang daripada Cawangan Serigala dan pasukan perunding yang mengaturgerakkan aset-aset menggunakan maintenance trolley train untuk melaksanakan prosedur sebelum, semasa dan selepas serangan dilaksanakan.

Menurutnya, kolaborasi bersama KTMB berjaya membantu mewujudkan suasana yang lebih realistik di dalam latihan.

“KTMB turut menyediakan 3 coach keretapi Electric Multiple Unit Class 83, 2 x Maintenance Trolley Train dan staf-staf KTMB bagi menjayakan eksesais ini,” ujarnya.

Turut terlibat didalam eksesais ini adalah Helikopter EC 725 dari 10 Skuadron PU Kuantan, Helikopter AW109 LOH dari Skuadron 881 PUTD, Cawangan Serigala dari Pusat Latihan Darat (PULADA) dan Tim CBRNe dari 12 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).

Selain itu, turut terlibat juga adalah Tim CIED dari 91 Rejimen Bantuan RAJD, Tim Perubatan dari Batalion Kedua Perubatan Kluang, Staf J3 Op Khas Markas Angkatan Bersama dan bantuan anggota-anggota ATM serta staf-staf KTMB yang bertindak sebagai tebusan serta pengganas. – airtimes.my

Galeri gambar:

 

 

Related Articles

Leave a Reply