Home SemasaGlobal Finland, Sweden semakin hampir sertai NATO

Finland, Sweden semakin hampir sertai NATO

by M.Daim

BRUSSELS, 5 Jul – Keanggotaan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bakal bertambah selepas Sweden dan Finland selesai mengadakan perbincangan dengan pertubuhan itu pada Isnin.

“Perbincangan telah diadakan antara NATO dengan perwakilan dari Sweden dan Finland. Mesyuarat dengan kedua-dua negara itu diadakan berasingan,” kata NATO dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Protokol Penyertaan (Accession Protocols) akan ditandatangani oleh kedua-dua negara Scandanavia pada hari ini.

Protokol ini akan diedarkan kepada negara anggota NATO bagi mendapatkan persetujuan, mengikut prosedur kerajaan masing-masing.

NATO disertai oleh 30 buah negara dari Amerika Utara dan Eropah.

Penyertaan Finland dan Sweden sebelum ini mendapat perhatian global berikutan ianya dilakukan selepas Rusia melancarkan operasi ketenteraan terhadap Ukraine. Selain daripada itu, Turkiye telah membantah penyertaan kedua-dua negara itu kerana memberi perlindungan kepada individu Kurdish yang dikehendaki oleh Ankara.

Kemelut antara Turkiye dengan Sweden dan Finland berakhir apabila ketiga-tiga pihak capai kata sepakat berhubung ekstradisi individu Kurdish yang didapati terlibat dalam aktiviti pengganas.

Namun begitu, Presiden Turkiye, Reccep Tayyip Erdogan ancam untuk menarik sokongan penyertaan Finland dan Sweden sekiranya kedua-dua negara terbabit enggan memenuhi tuntutan Ankara. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply