Home Pertahanan dan Keselamatan Sindiket seludup diesel bersubsidi tumpas di Tanjung Belungkor

Sindiket seludup diesel bersubsidi tumpas di Tanjung Belungkor

by Air Times News Network

KOTA TINGGI, 3 Jul – Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dan merampas aset keseluruhan bernilai RM14.4 juta dalam satu serbuan yang dijalankan di Sungai Bauk, Tanjung Belungkor, pada Sabtu.

Ketua Polis Johor, Komisioner Polis Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan yang dilakukan hasil maklumat risikan dari Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas Bukit Aman susulan penahanan 13 lelaki di sebuah premis di kawasan tersebut.

Jelasnya, kesemua suspek yang ditahan terdiri daripada 4 warga tempatan dan 9 warga asing berusia antara 18 hingga 62 tahun.

“Setiap liter minyak yang dijual, sindiket ini akan mendapat keuntungan sebanyak RM1 dan lebih,

“Modus operandi yang dijalankan lebih kurang 3 hari sekali mereka akan lakukan perkara-perkara tersebut dengan menjual minyak di pasaran gelap pada harga yang lebih tinggi,” katanya pada sidang media,” hari ini.

Kamarul Zaman berkata, sindiket tersebut telah aktif melakukan penyeludupan sejak bulan lalu.

Dalam pada itu, pihak polis turut merampas sebuah kapal tangki yang bernilai RM13.1 juta.

“Turut dirampas 138,000 liter minyak diesel, 4 tangki trailer, 4 unit pam penyedut minyak, 2 set generator dan sebuah kenderaan,

“Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply