Home Pertahanan dan Keselamatan TUDM, RTAF kongsi kepakaran dalam eksesais Air THAMAL

TUDM, RTAF kongsi kepakaran dalam eksesais Air THAMAL

by Air Times News Network

SUBANG, 29 Jun – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) telah melaksanakan Eksesais Air THAMAL Siri 30/22 (AT 30/22) di Air Warfare Centre, Pangkalan Udara Subang, semalam.

TUDM dalam hantaran akaun media sosial rasminya berkata, eksesais ini yang berkonsepkan Command Post Exercise (CPX) bermula pada semalam dan akan berakhir pada minggu pertama Julai 2022.

Menurut TUDM, eksesais ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan di antara TUDM dan RTAF dalam mencapai kerjasama ketenteraan dan perkongsian ilmu untuk memperkasakan hubungan bilateral Malaysia bersama Thailand.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Eksesais Bersama (CO-EXDIR) kedua-dua negara, Kolonel Razali Ahmad Jumali TUDM dan Group Captain Watcharapol Nualpenyai RTAF pada Selasa.

TUDM menjelaskan, eksesais ini telah tertangguh selama 2 tahun ekoran daripada pandemik COVID–19 berikutan larangan merentas negara.

“Namun dengan perancangan yang terliti dan mengambil kira faktor dalaman serta luaran, eksesais  Air THAMAL berjaya diadakan pada tahun ini,” jelas hantaran itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply