Home SemasaGlobal Selepas 27 tahun, NASA kembali lancar roket dari Australia

Selepas 27 tahun, NASA kembali lancar roket dari Australia

by Air Times News Network

CANBERRA, 27 Jun – Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) pada Isnin melancarkan sebuah roket dari Australia buat pertama kali sejak tempoh 27 tahun lalu.

Agensi berita Xinhua melaporkan, roket suborbital dilancarkan dari Pusat Angkasa Arnhem di Wilayah Utara (NT).

Terdahulu, menurut The Australian Broadcasting Corporation pelancaran roket tersebut ditangguh akibat hujan dan angin kencang.

NASA sebelum ini pernah melancarkan roket dari Australia buat pertama kali pada tahun 1995 dari landasan pelancar komersil negara tersebut.

Menurut NASA, roket itu, yang pertama daripada 3 yang akan berlepas dari NT, mengembara kira-kira 300 kilometer (km) ke angkasa untuk menjalankan kajian astrofizik di Hemisfera Selatan.

Ketua Menteri NT, Natasha Fyles menyifatkan acara itu sebagai “saat yang amat membanggakan” bagi Australia.

Pusat Angkasa Arnhem yang dimiliki dan dikendalikan oleh Equatorial Launch Australia (ELA), yang menyasarkan untuk menganjurkan 50 pelancaran setahun menjelang 2024.

Pelancaran roket seterusnya dijadualkan pada 4 Julai.

 

Related Articles

Leave a Reply