Home Pertahanan dan Keselamatan APMM rampas 62 set bubu naga di perairan Pulau Pinang

APMM rampas 62 set bubu naga di perairan Pulau Pinang

by Air Times News Network

GEORGETOWN, 27 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang berjaya mematahkan cubaan mencuri hasil negara seterusnya merampas sebanyak 62 set bubu naga di kedudukan 1.2 batu nautika barat Permatang Keriang, pada Ahad.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, kesemua 62 set bubu naga itu dirampas pada 7 lokasi berbeza ketika pihaknya melakukan rondaan pada jam 4.40 hingga 6.40 petang.

“Anggota penguatkuasa telah menemui beberapa pelampung yang mencurigakan di 7 lokasi berbeza seterusnya membuat pemeriksaan dan telah berjaya menemukan 62 set bubu naga,

“Kesemua bubu naga tersebut dirampas dengan anggaran nilai RM7,500 dan kemudiannya dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, penggunaan bubu naga telah diharamkan dalam aktiviti perikanan serta telah digazetkan sebagai alat yang merosakkan ekosistem perairan dan menjejaskan sumber pendapatan nelayan yang lain.

“Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan,

“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan,” ujarnya.

Abd Razak berkata, APMM akan terus memantau segala aktiviti haram yang masih menggunakan kaedah penangkapan hasil laut dengan menggunakan bubu naga. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply