Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Perkuat kerjasama ATM, TNI di kawasan perbatasan isu utama HLC MALINDO – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Perkuat kerjasama ATM, TNI di kawasan perbatasan isu utama HLC MALINDO

Perkuat kerjasama ATM, TNI di kawasan perbatasan isu utama HLC MALINDO

by Air Times News Network

BANDUNG, 24 Jun -Mesyuarat High Level Committee (HLC) Malaysia Indonesia (MALINDO) kali ke-16 semalam membincangkan agenda utama bagi memperkuatkan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Negara Indonesia (TNI) di kawasan perbatasan Malaysia-Indonesia.

Markas ATM dalam hantaran di media sosialnya berkata, HLC MALINDO yang berlangsung di Bandung, Indonesia semalam, menyaksikan penglibatan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM bersama rakan sejawatnya Jenderal Andika Perkasa yang bertindak selaku Ketua Bersama HLC.

“Antara agenda penting yang lain dibincangkan adalah berhubung pelaporan berkenaan Coordinated Operation Control Committee (COCC), Jawatan Kuasa Latihan Bersama (JKLB), Joint Police Cooperation Committee (JPCC), dan Kelompok Kerja/Jawatan Kuasa Kerja Sosio Ekonomi Malaysia – Indonesia (KK/JKK SOSEK MALINDO),

“Mesyuarat diakhiri dengan sesi menandatangani minit mesyuarat dan risalah sidang oleh kedua-dua pemimpin tersebut yang akan dibawa ke siri perbincangan selanjutnya yang akan dilaksanakan di Malaysia kelak,” katanya.

Terdahulu, Affendi turut berkesempatan melakukan kunjungan hormat ke atas rakan sejawatnya Andika sebelum mempengerusikan mesyuarat HLC tersebut secara bersama.

Selain itu, selesai persidangan HLC MALINDO tersebut, beliau meneruskan agenda lawatan rasminya dengan membuat lawatan ke PT. Pindad yang merupakan sebuah perusahaan dalam industri pembuatan produk pertahanan yang dimiliki sepenuhnya oleh Indonesia.

“Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri hasil dan kualiti produk pertahanan yang dilakukan oleh syarikat tersebut yang bukan sahaja menyediakan keperluan sistem persenjataan secara mandiri bahkan melakukan kerja penyelenggaraan bagi aset pertahanan demi keamanan Indonesia,” ujarnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?