Home Pertahanan dan Keselamatan Gagal kemuka dokumen sah, bot tunda dan 2 kemudi ditahan APMM

Gagal kemuka dokumen sah, bot tunda dan 2 kemudi ditahan APMM

by Air Times News Network

PELABUHAN KLANG, 24 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor berjaya menahan sebuah bot tunda serta 2 kemudi di kedudukan 0.8 batu nautika tenggara Pulau Ketam, semalam.

Pengarah APMM Selangor, Kepten Maritim Siva Kumar Vengadasalam berkata, bot Perkasa 36 telah menahan bot berkenaan semasa menjalankan rondaan rutin serta penguatkuasaan di sekitar perairan Selangor.

“Pemeriksaan ke atas bot tunda bernombor pendaftaran BPK 888T mendapati telah dikendalikan oleh seorang nakhoda bersama seorang kru yang berusia 32 dan 47 tahun yang merupakan warga Indonesia,

“Nokhoda dan kru tersebut gagal mengemukakan dokumen kelayakan kemudi bot serta tiada dalam pendaftaran lesen,” jelas beliau.

Menurutnya, bot tunda, tekong serta kru terbabit telah ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Ordinan Saudagar Perkapalan (MSO) 1952 kerana gagal mengemukakan kelayakan membawa bot dan nama nakhoda serta kru tiada dalam pendaftaran lesen,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply