Home Pertahanan dan Keselamatan ESSCOM lancar Operasi Maritim Khas kekang jenayah rentas sempadan

ESSCOM lancar Operasi Maritim Khas kekang jenayah rentas sempadan

by Air Times News Network

SABAH, 12 Jun – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah melancarkan Operasi Maritim Khas Selatan Daerah Tawau yang meliputi kawasan perairan Tawau dan Pulau Sebatik.

Operasi ini dilaksanakan adalah bagi tujuan untuk mengekang jenayah rentas sempadan seperti aktiviti penyeludupan barangan kawalan dan mencegah kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Komander ESSCOM, Deputi Komisioner Polis Hamzah Ahmad berkata, penglibatan pasukan keselamatan telah mengenal pasti beberapa laluan tikus dikawasan tersebut.

“Operasi Maritim Khas Selatan Daerah Tawau yang dikoordinasikan oleh ESSCOM telah berjaya mengekang kemasukan PATI dan berkemungkinan terlibat dengan jenyah rentas sempadan,

“Di samping itu juga dapat mengurangkan ketirisan hasil pendapatan negara akibat aktiviti penyeludupan,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Dalam pada itu, operasi ini turut mengkuatkuasakan Arahan Perintah Berkurung di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) dan mencegah penyusupan elemen-elemen penganas seperti Abu Sayyaf Gfoup (ASG) dan Kidnap For Ransom Group (KFRG) ke negara ini.

“Operasi ini juga adalah hasil kerjasama pegawai dan anggota agensi keselamatan dan penguatkuasaan yang di bawah naungan ESSCOM,

“ESSCOM juga akan mempergiatkan lagi rondaan di laut dan udara bersama-sama agensi keselamatan dan penguatkuasaan bagi mengekang jenayah rentas sempadan,” ujarnya. – airitmes.my

Related Articles

Leave a Reply