Home Pertahanan dan Keselamatan 12 PATI baru tiba di Sabak Bernam dicekup PGA

12 PATI baru tiba di Sabak Bernam dicekup PGA

by Air Times News Network

SABAK BERNAM, 12 Jun – Seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup polis sebaik sahaja tiba di Malaysia di sekitar Jalan Semenanjung Bernam 2, Sungai Pulai pada Sabtu.

Kesemua PATI berusia 20 hingga 41 tahun itu ditahan pada jam 7.30 pagi oleh Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih ketika sedang melakukan rondaan dan pemantauan dalam Operasi (Op) Nyah I.

Menurut Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed, pemeriksaan mendapati kesemua PATI berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Mereka dipercayai baru masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menggunakan bot,

“Tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya, kesemua tangkapan telah menjalani ujian saringan COVID-19 bagi mencegah penularan virus di kalangan pesalah dan juga petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam pada itu, Rizal turut menyeru masyarakat agar memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada PDRM berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply