if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan KAGAT anjur taklimat dan kursus Haji Perdana ATM

KAGAT anjur taklimat dan kursus Haji Perdana ATM

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) bersama Syarikat Eiman Travel telah menganjurkan taklimat dan kursus Haji Perdana Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dewan Salahuddin Al-Ayyubi, Masjid Khalid bin Al-Walid KEMENTAH (MKWK), pada Khamis.

KAGAT berkata, penganjuran ini dilaksanakan untuk bakal Jemaah Haji ATM yang dibuat secara teori dan diikuti dengan kelas praktikal.

“Majlis dimulakan dengan taklimat oleh Ketua Sekretariat, Leftenan Kolonel Dr Mohd Mazli Mohd Aini dan diteruskan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah Dasar dan Pengurusan KAGAT, Brigedier Jeneral Mohd Hamzah Adam,

“Majlis diteruskan lagi dengan taklimat kesihatan dan pemeriksaan perubatan oleh Pegawai Staf 2 Perubatan Ketenteraan MATM-BPK, Mej (Dr) Mohd Khairul Ameer Yahaya,” katanya dalam hantaran di media sosialnya.

Taklimat haji pula telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Syarikat Eiman Travel, Ustaz Datuk Mohd Zawawi Yusoh.

Manakala kursus Perdana Haji ATM telah disampaikan oleh Ustaz Samsuddin Sidek secara teori pada sebelah pagi dan diikuti dengan kelas praktikal pada sebelah petangnya.

Ketua Pengarah KAGAT, Mejar Jeneral Mohd Rashidi Bujai juga turut meluangkan masa hadir beramah mesra dengan para bakal dhuyufurrahman ATM bagi tahun 2022. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?