Home Pertahanan dan Keselamatan 700 veteran ATM peringkat negeri Johor dianugerah PJM

700 veteran ATM peringkat negeri Johor dianugerah PJM

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 24 Mei – Seramai 700 orang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) peringkat negeri Johor dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Hotel Berjaya Waterfront, semalam.

Kementerian Pertahanan dalam hantaran di media sosialnya berkata, penganugerahan PJM ini sebagai penghargaan oleh kerajaan terhadap jasa dan bakti yang telah veteran ATM curahkan terutamanya semasa darurat

Penganugerahan PJM tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

“Sehingga hari ini, terdapat 30,521 veteran ATM telah menerima PJM manakala bagi mereka yang layak dan belum lagi dianugerahkan akan dijadualkan penganugerahannya pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Dr Anis Mahmud dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad.

Penganugerahan PJM telah dilaksanakan mulai 3 Mac 2004 adalah merupakan pengiktirafan kepada anggota tentera di atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan dalam menyumbang kepada kebebasan Malaysia daripada ancaman pengganas Komunis. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply