Home Pertahanan dan Keselamatan Berita gembira buat veteran ATM dalam masa terdekat – Hishammuddin

Berita gembira buat veteran ATM dalam masa terdekat – Hishammuddin

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 21 Mei – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan ada berita gembira buat veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam masa terdekat.

Beliau menjelaskan, pelbagai isu telah pun diselesaikan sepanjang 100 tahun penubuhan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM).

“Selepas ini, kita kembali kepada realiti dan keinginan-keinginan serta perkara-perkara yang menyentuh kepada kebajikan, pembelaan terhadap veteran akan diteruskan,

“Kita dah bersungguh-sungguh 9 bulan lagi,” katanya dalam sidang media selepas sambutan Hari Ulang ke-100 PVATM, hari ini.

Menurutnya lagi, beliau hanya menunggu masa untuk memberitahu berita tersebut memandangkan ada perkara yang melibatkan kementerian serta jabatan-jabatan yang lain.

Tegasnya lagi, terdapat juga perkara yang sedang dibincangkan berkaitan isu veteran tetapi ia harus terikat serta bersandarkan kepada peruntukan.

“Saya beri jaminan, mana-mana yang kita dapat selesai kita akan umumkan nanti,

“Seperti 2 perkara yang saya sebut tadi itu sudah sampai di tahap yang saya boleh umumkan dalam masa yang terdekat,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply