Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Nelayan Indonesia guna bot tempatan kaut hasil negara ditahan – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Nelayan Indonesia guna bot tempatan kaut hasil negara ditahan

Nelayan Indonesia guna bot tempatan kaut hasil negara ditahan

by Air Times News Network

MIRI, 19 Mei – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak berjaya menahan sebuah bot nelayan jenis pukat tunda kelas C yang melanggar syarat sah lesen di Anchorage Area Lutong, semalam.

Komander PPMW5 Sarawak, Asisten Komisioner Zulfikar Mohd Ghazali berkata, hasil pemeriksaan oleh pasukan ronda polis mendapati bot berkenaan telah melanggar syarat sah lesen dan menangkap ikan secara haram.

“Hasil soal siasat mendapati juragan bot tersebut merupakan seorang warga Indonesia dan mengaku menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan mata pukat saiz kecil serta tidak mengikut syarat yang ditetapkan,

“Juragan dan 4 awak-awak berusia lingkungan antara 25 hingga 49 tahan merupakan warga Indonesia turut ditahan,” jelas beliau.

Menurutnya, peralatan kelengkapan menangkap ikan serta hasil laut dirampas dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Perikanan Bahagian Miri untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

“Kesemua jumlah rampasan melibatkan kelengkapan serta hasil laut dianggarkan berjumlah RM197,600,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?