Home Pertahanan dan Keselamatan PGA rampas 30,000 liter minyak diesel bersubsidi

PGA rampas 30,000 liter minyak diesel bersubsidi

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 18 Mei – Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang cuba menyeludup 30,000 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM64,500 di Jalan Batu 18, Jalan Sungai Tiram, pada Selasa.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, dalam serbuan bersama anggota polis Balai Ulu Tiram pada jam 4.30 pagi itu, pihaknya turut merampas sebuah lori tangki jenis Nissan UD.

“Suspek berusia 56 tahun gagal mengemukakan sebarang dokumen memiliki, menyimpan dan membawa barang kawalan,

“Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM224,500.

Beliau berkata, tangkapan dan rampasan ini berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi di sekitar daerah Johor Bahru.

Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply