Home SemasaGlobal Korea Selatan tempah 40 helikopter latihan dari AS

Korea Selatan tempah 40 helikopter latihan dari AS

by M.Daim

SEOUL, 16 Mei – Kerajaan Korea Selatan telah memeterai kontrak bernilai US$132.8 juta untuk membeli 40 buah helikopter latihan dari firma aeroangkasa Amerika Syarikat, Bell Textron Asia.

Perolehan helikopter Bell 505 akan bermula pada tahun 2025.

“Kontrak telah ditandatangani pada 6 Mei lalu dan melibatkan perolehan turut melibatkan 8 simulator untuk melatih juruterbang tentera darat dan laut,

“Simulator akan dihasilkan oleh firma Korea Selatan,” lapor Yeonhap yang memetik sumber agensi kerajaan Korea Selatan.

Menurutnya, perolehan helikopter latihan baharu adalah bagi mengatasi kebimbangan keselamatan terhadap penggunaan aset lama.

Perolehan terbaharu ini sekaligus menutup penantian negara itu semenjak tahun 2017 lalu.

Sebelum ini, Korea Selatan mengoperasikan helikopter MD 500 sebagai helikopter latihan untuk tentera daratnya semenjak 1976.

Tentera Laut Republik Korea Selatan pula menggunakan UH-1H.

Perolehan helikopter latihan baharu ini dilaksanakan melalui program TH-X yang dilaksanakan semenjak 2017. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply