Home SemasaGlobal Harga komoditi tepung gandum global naik mendadak 60%

Harga komoditi tepung gandum global naik mendadak 60%

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Harga global tepung gandum dilaporkan meningkat secara mendadak selepas India mengenakan sekatan eksport tepung gandum pada Sabtu lalu.

Harga penanda aras komoditi itu telah melonjak sebanyak 5.9 peratus di Chicago.

“Sekatan eksport dilakukan oleh India berikutan cuaca panas luar biasa melanda dan juga peningkatan harga domestik tepung gandum negara itu,

“Harga gandum telah meningkat 60 peratus pada tahun ini,” lapor BBC.

Jelasnya, peningkatan harga tersebut telah memberikan kesan kepada produk berkaitan termasuk roti dan mi.

Namun begitu, New Delhi menjelaskan larangan tersebut adalah bersifat sementara dan akan berubah pada masa hadapan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply