Home Pertahanan dan Keselamatan Cubaan seleweng 150 ribu liter minyak diesel dalam kapal kargo gagal

Cubaan seleweng 150 ribu liter minyak diesel dalam kapal kargo gagal

by Air Times News Network

SIBU, 20 Apr – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak berjaya mematahkan cubaan seleweng minyak diesel yang dianggarkan sebanyak 130 ribu liter di perairan Sungai Batang Rajang, semalam.

Komander PPMW5 Sarawak, Asisten Komisioner Polis Zulfikar Mohd Ghazali berkata, sebuah kapal kargo bewarna merah dalam keadaan mencurigakan telah ditahan oleh bot pasukan ronda Marin pada jam 7.30 pagi.

“Bot ronda berkenaan telah diketuai oleh seorang pegawai dan 3 anggota dari unit Risikan PPM,

“Anggota telah menahan 2 orang lelaki warga tempatan dan hasil soal siasat terhadap juragan kapal tersebut telah menemui stok simpanan minyak diesel yang terletak di bahagian dek kapal berkenaan,” jelas beliau.

Menurutnya, juragan itu gagal mengemukakan sebarang bukti dokumen kebenaran memiliki atau membawa diesel dari Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP Sibu.

Zulfikar menjelaskan, kedua-dua suspek ditahan dan kesemua barang telah dirampas serta diserahkan kepada pegawai penyiasat KPDNHEP Sibu untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jumlah keseluruhan rampasan termasuk kapal kargo tersebut dianggarkan bernilai lebih RM1.5 juta,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply