Home Pertahanan dan Keselamatan PGA gagalkan selori barang seludup dari Thailand ke ibu negara

PGA gagalkan selori barang seludup dari Thailand ke ibu negara

by Air Times News Network

KELANTAN, 14 Apr – Cubaan penyeludup membawa masuk selori minuman keras, rokok elektronik dan barang runcit gagal apabila lori tersebut ditahan oleh Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Kemahang, Tanah Merah, semalam.

Pegawai Memerintah PGA 7, Superintenden Azhari Nusi berkata, pasukannya telah menahan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan serta dipandu oleh 2 orang lelaki warga tempatan berusia 30 dan 31 tahun pada jam 7.00 pagi.

“Hasil pemeriksan lanjut ke atas kenderaan tersebut pasukan telah menjumpai beberapa barang seperti minuman keras tidak bercukai, rokok elektronik dan sejumlah barangan runcit dipercayai telah diseludup dari Thailand,

“Barang tersebut disembunyikan di bahagian belakang kenderan berkenaan dan pemandu gagal mengemukan sebarang dokumen yang sah berkaitan barang dibawa,” jelas beliau.

Menurutnya, kesemua barang yang telah dirampas dipercayai akan dibawa untuk dipasarkan sekitar Kuala Lumpur.

“Rampasan tersebut melibatkan sebuah lori; 3,225 botol dan 1,476 tin minuman keras berjumlah RM330,977; 290 kotak rokok elektronik RM58 ribu; beberapa barangan runcit serta perkakas dapur RM47,404,

“Tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen (1) Akta Kastam 1967 serta Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983,” ujarnya

Azhari menjelaskan, kesemua rampasan dianggarkan berjumlah lebih kurang RM531,381. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply