Home Pertahanan dan Keselamatan Hishammuddin arah JHEV percepat agih Bantuan Khas Kewangan kepada veteran ATM

Hishammuddin arah JHEV percepat agih Bantuan Khas Kewangan kepada veteran ATM

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 14 Apr – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, telah mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) agar mempercepat pengagihan Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada veteran.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima aduan dari veteran ATM yang masih belum menerima BKK sebanyak RM350 seperti diumumkan semasa Belanjawan 2022 baru-baru ini.

“Bagi veteran ATM pula, selain daripada pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM250 seperti YAB Perdana Menteri umum baru-baru ini, saya juga ambil maklum bahawa ramai veteran ATM yang komen di media sosial saya mengenai BKK berjumlah RM350 yang diumum semasa pembentangan Bajet 2022 tempoh hari belum diterima,

“Justeru, saya telah mengarahkan JHEV agar mempercepatkan pengagihan ini bagi membolehkan para veteran ATM memanfaatkannya dengan kadar segera,” katanya dalam ucapan semasa Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada ATM di Kementerian Pertahanan, pada Khamis.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Bejet 2022 tahun lepas telah mengumumkan BKK sebanyak RM350 secara one-off kepada sejuta pesara kerajaan.

Selepas itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan BKK ini juga turut diberikan kepada veteran ATM yang tidak berpencen selaras dengan amalan semasa kerajaan yang prihatin terhadap golongan tersebut agar turut menerima bantuan ini. – airtimes.my

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply