Home Pertahanan dan Keselamatan APMM rampas 23 set bubu naga di perairan Kuala Kedah

APMM rampas 23 set bubu naga di perairan Kuala Kedah

by Air Times News Network

KUALA KEDAH, 13 Apr – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) merampas 23 set bubu naga dalam pemantauan Operasi Aman (Op Aman) di perairan Kuala Kedah, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, sebanyak 10 set bubu naga dirampas di kedudukan 2 batu nautika barat laut Kuala Kedah sekitar jam 10.45 malam.

Manakala 13 unit lagi dirampas di kedudukan 1.9 batu nautika barat laut Kuala Kedah pada jam 11.10 malam.

“Kesemua bubu naga yang dirampas dianggarkan bernilai RM2,760 dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk disiasat mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985,

“Penggunaan bubu naga ini telah mengancam dan boleh merosakkan ekosistem marin serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan tradisional atau pesisir pantai,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply