Home Pertahanan dan Keselamatan 6 ditahan cuba seludup 60,000 liter petrol ke Filipina

6 ditahan cuba seludup 60,000 liter petrol ke Filipina

by Nurulhuda

LAHAD DATU, 13 Apr – Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) berjaya mengagalkan hasrat sindiket penyeludupan minyak petrol tanpa permit melalui rondaan Operasi Pasir Sektor Delta di perairan Lahad Datu, pada Isnin lalu.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, dalam operasi tersebut, anggota ronda telah mengesan 3 buah lori tangki minyak yang tersangkut di laluan lumpur di ladang kelapa sawit berhampiran pantai Kampung Bakarat kira-kira pada 11.30 pagi.

Beliau berkata, kemunculan sebuah kapal tongkang yang bersauh tidak jauh dari lokasi kejadian turut menambah kecurigaan pasukan keselamatan yang melaksanakan rondaan.

“Pasukan keselamatan telah melaksanakan pemeriksaan awal dan mendapati sindiket tersebut terdiri daripada 5 warganegara Malaysia dan seorang warganegara Filipina berusia antara 23 tahun hingga 54 tahun,

“Tim Ronda Pos Tungku telah bertindak menahan kesemua suspek tersebut beserta kenderaan dan barang rampasan untuk dibawa ke Balai Polis Tungku,” jelasnya dalam kenyataan malam tadi.

Turut ditahan 5 warganegara Malaysia dan seorang warganegara Filipina berusia antara 23 tahun hingga 54 tahun.

Abdul Karim menjelaskan, lori tersebut membawa 20,000 liter minyak petrol yang dianggarkan bernilai RM150,500.00 setiap lori.

Tambahnya, turut ditahan sebuah kenderaan pacuan 4 roda jenis Toyota Hilux.

“Kesemua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran memiliki, menyimpan, membawa barang kawalan tanpa permit serta lesen khas daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),

“Kenderaan tersebut didapati digunakan bagi tujuan membawa minyak petrol seludup dari Lahad Datu, ke Filipina,

“Manakala, kapal tangki yang disyaki cuba menyeludup minyak berkenaan telah bergerak dari lokasi yang dikesan,” tambahnya.

Menurut Abdul Karim, nilai rampasan bagi 60,000 liter minyak petrol adalah dianggarkan bernilai RM624,000.

Manakala, 3 buah kenderaan lori tangki dianggarkan bernilai RM400,000 dan sebuah kenderaan pacuan 4 roda jenis Toyota Hilux dianggarkan bernilai RM28,000.

Ini menjadikan nilai keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM1,152,000.00.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply