Home Pertahanan dan Keselamatan Polis serbu kondominium, tahan tokan dadah

Polis serbu kondominium, tahan tokan dadah

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 7 Apr – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan seorang lelaki berbangsa Cina berumur 38 tahun dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Klang Lama, Brickfields, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Polis Amihizam Abdul Shukor berkata, serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada jam 10.15 malam itu, berjaya menemukan sejumlah dadah dalam rumah tersebut.

“Hasil pemeriksaan berjaya merampas dadah jenis Ketamin sebanyak 19.9 gram dan Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 214.43 gram bernilai RM12,600,

“Ujian saringan awal air kencing suspek didapati positif dadah jenis ketamin dan ditahan reman di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang disabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan aktiviti pengedaran dadah.

Amihizam turut menjelaskan, keseluruhan dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 150 orang penagih dan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM13,012. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply