Home Pertahanan dan Keselamatan 15 PATI baru mendarat dicekup

15 PATI baru mendarat dicekup

by Nurulhuda

MORIB, 7 Apr – Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama anggota Sukarelawan Malaysia (RELA) telah memberkas 15 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sedang bersembunyi di persisir pantai Long Beach, Morib pada Rabu.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, kesemua mereka telah ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai baru masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menggunakan bot.

Beliau berkata, tangkapan terdiri daripada 8 orang lelaki dan 7 perempuan berumur dalam lingkungan 19 hingga 58 tahun.

“Tangkapan telah dibawa ke IPD Kuala Langgat untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63,

“Kesemua tangkapan akan menjalani ujian saringan COVID-19 bagi mencegah penularan virus di kalangan pesalah dan juga petugas PDRM,” jelasnya dalam kenyataan malam tadi.

Dalam masa yang sama, Rizal turut menyeru masyarakat agar memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada PDRM berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang negara. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply