Home Pertahanan dan Keselamatan Rentaka: Kenderaan berperisai mobiliti tinggi khusus untuk keselamatan dalam negeri

Rentaka: Kenderaan berperisai mobiliti tinggi khusus untuk keselamatan dalam negeri

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=UmXpy6VUusE[/embedyt]

SYARIKAT tempatan MILDEF International Technologies (MILDEF) kini tampil dengan sebuah lagi kenderaan berperisai mobiliti tinggi 4 roda (HMAV 4×4) dikenali sebagai Rentaka.

Nama HMAV 4×4 Rentaka diilhamkan dari nama meriam Melayu lama.

Manakala berat kenderaan ini lebih kurang 10 tan bagi muatan penuh yang telah dihasilkan menggunakan kepakaran anak tempatan.

Kenderaan ini mampu mengangkut 10 orang, dan juga boleh dilengkapi dengan sistem persenjataan mesingan berat sama ada dioperasikan secara manual bergantung kepada keperluan pelanggan.

Rentaka sesuai diguna dalam latihan OBUA

Pengarah Urusan MILDEF, Datuk Seri Mohd Nizam Kasa berkata, HMAV 4×4 Rentaka ini sesuai diguna pakai dalam latihan Operasi Dalam Kawasan Terbina (OBUA) di dalam bandar oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Rentaka merupakan kenderaan kedua selepas lahirnya Tarantula. Maka hari ini, pihak MILDEF melahirkan sebuah kenderaan lagi, ringan sikit daripada Tarantula,

“Rentaka sesuai digunapakai dalam operasi OBUA dan boleh digunapakai oleh PDRM untuk operasi didalam bandar,” katanya kepada Air Times pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC Asia) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), baru-baru ini.

Nama HMAV 4×4 Rentaka diilhamkan dari nama meriam Melayu lama – Pengarah Urusan MILDEF, Datuk Seri Mohd Nizam Kasa

Tahap perlindungan STANAG bagi Rentaka adalah tahap 1 iaitu dimana pistol 9mm tidak dapat menembusi kenderaan ini.

Katanya, reka cipta Rentaka ini adalah di dalam Malaysia dengan menggunakan kepakaran anak tempatan.

“Kita dah ada pengalaman dengan Tarantula dan hari ini kita melahirkan Rentaka berdasarkan pengalaman yang kita ada,” jelasnya.

Kenderaan anti rusuhan

Kenderaan berkuasa 6.7 liter V8 Turbo Diesel ini juga berupaya untuk digunakan pihak keselamatan khususnya ketika rusuhan selain mampu berperanan sebagai kenderaan penting ketika kecemasan.

Pada DSA dan NATSEC 2022 baru-baru ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menamakan kenderaan tersebut sebagai Rentaka 4×4 yang diilhamkan dari nama sebuah meriam Melayu lama.

“Rentaka ini adalah ilham daripada Yang di-Pertuan Agong dan merupakan salah sebuah meriam Melayu lama yang amat digeruni pada zaman dulu,

“Dan dimana kita telah pun lupakan meriam ini serta mengambil daripada kemampuan meriam itu dan kita namakan semula kenderaan ini sebagai Rentaka,” jelasnya.

Perbezaan Rentaka dan Tarantula

Ketika ditanya mengenai perbezaan antara Rentaka dan Tarantula, Mohd Nizam berkata, Rentaka tidak dipasang dengan senjata berkaliber besar dan hanya menggunakan senjata yang sedia ada pada kru.

“Yang membezakan Rentaka dengan Tarantula adalah, Rentaka lebih rendah dan ketahanan lebih berbeza,

“Manakala Rentaka juga boleh dipasang remote control weapon system 7.62mm dimana kenderaan ini boleh mengintegrasikan mana-mana senjata ringan pada HMAV ini,

“Rentaka juga lebih kepada agensi penguatkuasaan, manakala Tarantula lebih kepada ketenteraan. Walau bagaimanapun dalam tentera juga ada keperluan OBUA dimana kenderaan ini sesuai digunapakai untuk operasi bandar,” jelasnya.

 Rentaka disediakan ‘Gun Port’

Mengulas lanjut, Mohd Nizam berkata, MILDEF menyediakan ‘Gun Port’ pada bahagian belakang Rentaka.

“Sekiranya ada keperluan untuk dipasang bahagian hadapan, MILDEF akan menambahnya mengikut keperluan dari pelanggan,

“Kenderaan ini menggunakan ‘Round Flat Tyre’ yang mana sekiranya ditembak, ia masih dapat bergerak dengan kelajuan 60km/h dan dapat bergerak sejauh 120 kilometer (km).

 HMAV Rentaka dilengkapi sistem radio

Sementara itu, Ketua Jurutera MILDEF, Khairul Hazwan Mohd Rasit berkata, kenderaan ini sesuai untuk digunakan PDRM seperti Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasukan Komando VAT69 untuk kawasan sempadan dan juga ketenteraman awam seperti anti rusuhan.

Kenderaan Rentaka juga dilengkapi sistem radio untuk berkomunikasi antara satu kenderaan dengan kenderaan yang lain – Ketua Jurutera MILDEF, Khairul Hazwan Mohd Rasit

“HMAV ini dapat merentasi sungai setinggi 1 meter dan juga ketahanan untuk badan Rentaka adalah terlindung dengan kebakaran kecil seperti rusuhan,

“Kenderaan ini juga dilengkapi sistem radio untuk berkomunikasi antara satu kenderaan dengan kenderaan yang lain,” katanya ketika ditemui Air Times.

Konfigurasi kenderaan

Kuasa kuda enjin: 330hp atau 2,600 RPM

Tork enjin: 825Nm atau 2,000 RPM

Penularan: Torqshift 10 speed selectshift automatic

Berat badan: 8,845 kg

Mengekang berat badan: 7,845 kg

Panjang kenderaan: 6,235mm

Lebar kenderaan: 2,422mm

Tinggi kenderaan: 2,562mm

Jarak roda: 3,690mm

Kecerunan mendaki: 60%

Cerun tepi: 30%

Tayar: 335 80 R20

Tahap perlindungan: CEN B6/NIJ BIII

Sistem persenjataan: Cupola/ RCWS 12.7mm

Related Articles

Leave a Reply