Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Jangan kerap sebut nama Najib nanti dia jadi PM semula – Tun Mahathir

Jangan kerap sebut nama Najib nanti dia jadi PM semula – Tun Mahathir

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 Apr – Tun Dr Mahathir Mohamad secara menyindir menjelaskan tidak elok sekiranya terlalu kerap menyebut dan meratib nama Datuk Seri Najib Razak kerana ia menjadikan bekas Perdana Menteri itu lebih popular serta disukai ramai.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dengan sinis berkata, adalah lebih baik sekiranya nama Najib dilupakan dan kesalahannya yang dibicarakan di mahkamah juga tidak disebut.

“Jangan sebut nama Najib kerap. Dia akan jadi lebih popular,

“Lupakan sahaja nama Najib. Lupakan dia curi duit. Lupakan dia dibicara dan didapati salah. Dia dihukum 12 tahun penjara dan denda RM210 juta,” sindirnya.

Oleh itu ujarnya, jangan sebut, kerana jika sering sebut nama Najib dia akan lebih disukai ramai.

Tegas Dr Mahathir, orang yang popular dalam negara demokratik akan jadi pemimpin, jadi Perdana Menteri pun.

“Perdana Menteri boleh curi berbilion Ringgit. Jangan sebut nama pencuri ini. Ia akan jadi popular, jadi Perdana Menteri dan curi duit lagi,

“Jangan sebut nama dia. Di mahkamah jangan sebut nama dia. Maka keadilan akan berlaku. Kena hukum. Tetapi tak payah jalan hukum. Diam sahaja. Jangan sebut nama dia,

“Kalau tak sebut nama orang yang salah, nak sebut nama siapa? Sebutlah nama siapa pun. Tak mengapa. Itu keadilan di Malaysia,” bidas beliau.

Dalam masa yang sama, bekas Perdana Menteri itu turut berkata tidak mustahil kes Najib itu boleh ditarik semula.

“Boleh tarik balik kes. Ada Peguam Negara (AG) untuk ini. Jika tak ada, tukar AG sahaja. Jangan sebut nama. Akan kena sue kerana menghina,

“Tak ada duit nak bayar peguam. Itu masalah awak. Undang-undang tentang tidak sebut nama masih berkuasa. Tak dapat bayar peguam masuk dalam sahaja. Itu undang-undang. Negara utama the Rule of Law, pemerintahan mengikut undang-undang. Kelentong sedikit dari undang-undang tak mengapa,

“Jangan tegur. Itu contempt of court, menghina mahkamah. Itu salah. Lebih baik lari ke negara lain. Jika tidak. Masuk dalam. Itu keadilan,” sindir beliau lagi. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply