Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas barang kawalan, disyaki cuba diseludup

Polis Marin rampas barang kawalan, disyaki cuba diseludup

by Air Times News Network

SANDAKAN, 23 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mengagalkan cubaan seludup barangan kawalan tanpa permit daripada pihak berkuasa di kawasan Pasar Umum, semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 4 Sandakan, Deputi Suprintenden Polis Rusdin Banin berkata, anggotanya sedang melaksanakan rondaan di kawasan tersebut dan telah mengesan sebuah kapal ikan yang disalahgunakan dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan di dalam kapal tersebut telah menjumpai barang kawalan seperti beberapa jerikin minyak petrol dan beberapa tong gas LPG,

“Juragan gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran daripada pihak berkuasa untuk membawa barang-barang tersebut,” katanya.

Tambahnya, tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya.

“Nilai rampasan keseluruhan termasuk kapal ikan berjumlah RM236,570.00. Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujarnya. – airitmes.my

Related Articles

Leave a Reply