Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Eks Semangat Bersatu jalin semangat setia kawan Malaysia-Singapura – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Eks Semangat Bersatu jalin semangat setia kawan Malaysia-Singapura

Eks Semangat Bersatu jalin semangat setia kawan Malaysia-Singapura

by Air Times News Network

ULU TIRAM, 21 Mac – Bagi meningkatkan hubungan bilateral ketenteraan dan semangat setia kawan di antara Malaysia dan Singapura, Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja (6 RRD) dan Batalion Pertama Pengawal Singapura (1 GDS) telah mengambil bahagian dalam Eksesais Semangat Bersatu Siri 26/2022.

Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat menerusi hantaran di laman media sosialnya berkata, Eksesais yang bermula pada 18 hingga 24 Mac 2022 itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat Singapura (TDS).

“Pelaksanaan eksesais ini dilihat banyak memberikan faedah dalam perkongsian ilmu ketenteraan di antara kedua-dua negara,

“Ia juga merupakan medium terbaik untuk memberi pendedahan khususnya di dalam aspek kemahiran, interaksi, jalinan kefahaman dan semangat setiakawan dari 2 buah negara berjiran,” katanya menerusi hantaran itu, hari ini.

Jelas hantaran itu, upacara pembukaan eksesais telah disempurnakan oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizzuddeain Jantan bersama Panglima Latihan dan Doktrin Tentera Darat Singapura, Brigedier Jeneral Andrew Lim di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), pada Ahad.

“Seramai 400 pegawai dan anggota dari kedua-dua negara telah mengambil bahagian di dalam upacara pembukaan eksesais,

“Formasi Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) adalah sebagai pasukan penganjur pada tahun ini,” jelas hantaran itu.

Tambahnya, penyerahan bendera pasukan oleh Pegawai Pemerintah 1 GDS, Kapten Dylan Lee kepada Pegawai Memerintah 6 RRD, Leftenan Kolonel Mohamad Fairus Md Salleh adalah simbolik kepada perasmian eksesais ini. – airtimes.my

Galeri Gambar:

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?