Home SemasaGlobal Rusia guna peluru berpandu hipersonik serang Ukraine

Rusia guna peluru berpandu hipersonik serang Ukraine

by Air Times News Network

MOSCOW, 20 Mac – Rusia mendakwa menggunakan peluru berpandu hipersonik Kinzhal di Ukraine untuk memusnahkan sebuah tempat penyimpanan senjata di barat negara itu.

Agensi berita Interfax Rusia melaporkan, peluru berpandu hipersonik telah memusnahkan depot senjata bawah tanah di kampung Deliatyn di wilayah Ivano-Frankivsk.

Menurut Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenko pada Sabtu berkata, wilayah Ivano-Frankivsk adalah kira-kira 50 kilometer dari sempadan Ukraine dengan Romania.

Kementerian itu juga berkata, tentera Rusia juga menggunakan peluru berpandu anti-kapal Bastion untuk memusnahkan kemudahan tentera Ukraine berhampiran Pelabuhan Laut Hitam Odesa.

Peluru berpandu hipersonik bergerak lebih laju berbanding kelajuan bunyi sekali gus menjadikannya sukar untuk dijejaki dan dipintas.

Senjata hipersonik Kinzhal pertama kali digunakan semasa konflik di Ukraine pada 24 Februari lalu.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply