Home Pertahanan dan Keselamatan PGA cekup 27 PATI baru mendarat di Pantai Gold Coast Morib

PGA cekup 27 PATI baru mendarat di Pantai Gold Coast Morib

by Air Times News Network

KUALA LANGAT, 19 Mac – Cubaan 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang baru mendarat dicekup pihak polis ketika sedang bersembunyi di kawasan semak berhampiran Pantai Gold Coast Morib, Banting, pada Jumaat.

Pegawai Pemerintah Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, kesemua PATI berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.

“Pasukan Polis dari Batalion 4 PGA Semenyih bersama RELA telah mengesan dan menahan 22 lelaki dewasa warga asing berumur 21 hingga 54 tahun serta 5 perempuan warga asing berusia 24 hingga 54 tahun,

“Pemeriksaan mendapati kesemua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai baru masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menggunakan bot,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Rizal, tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, Banting untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua tangkapan akan menjalani ujian saringan COVID-19 bagi mencegah penularan virus di kalangan pesalah dan juga petugas polis,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply