Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin tahan nelayan Vietnam rompak hasil laut negara

Polis Marin tahan nelayan Vietnam rompak hasil laut negara

by Air Times News Network

SANDAKAN, 18 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya merampas 2 buah bot nelayan milik warga Vietnam bersama 12 kru termasuk juragan ceroboh perairan Sandakan, semalam.

Komander PPM 4 Sabah, Asistan Superintenden Polis Ahmad Ariffin berkata, kesemua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah serta tiada kebenaran menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia.

“Dipercayai bot nelayan tersebut milik warganegara Vietnam,

“Pasukan telah menahan 12 orang lelaki berumur 28 hingga 51 tahun, merampas 2 buah kapal serta beberapa set peralatan menangkap gamat secara haram”, ujarnya.

Ahmad menjelaskan, beberapa tong diperolehi secara haram berisi gamat turut dirampas dan semua barang rampasan di bawa ke Markas Operasi PPM Sandakan bagi tindakan lanjut.

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1,752.000.00 dan kes disiasat di bawah seksyen 25(a) Akta Perikanan 1985 untuk juragan kapal,

“Manakala seksyen 11(3)(b) Akta Perikanan 1985 untuk peralatan perikanan serta dibawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 untuk tidak memiliki dokumen”, jelas beliau. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply