Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin usir 4 bot, 17 PATI Filipina cuba ceroboh perairan negara

Polis Marin usir 4 bot, 17 PATI Filipina cuba ceroboh perairan negara

by Air Times News Network

SEMPORNA, 15 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya mengusir 4 buah bot dan 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba menceroboh perairan negara di Pulau Denawan dan Pulau Pom-Pom, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna Deputi Superintenden Mohamad Ismail berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot tersebut mendapati 8 orang warga Filipina yang ditahan tidak mempunyai sebarang pas perjalanan yang sah.

“Mereka terdiri daripada 2 orang lelaki dewasa, 2 orang perempuan dewasa, serta 4 orang kanak-kanak berbangsa bajau Filipina,” katanya.

Jelas beliau, di lokasi berbeza pasukannya turut menahan 2 buah bot lagi bewarna biru yang tiada nombor pendaftaran di sekitar Pulau Pom-Pom,

“Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan terdapat 9 orang warga asing terdiri daripada 2 orang lelaki dewasa, 3 orang perempuan dewasa dan 4 orang kanak-kanak, katanya.

Mohamad menjelaskan, kesemua mereka terdiri daripada bangsa bajau Filipina dan tidak memiliki sebarang pas perjalanan yang sah serta cuba ceroboh perairan Malaysia.

“Bot tersebut diiring keluar dan diarahkan supaya tidak memasuki perairan negara selaras dengan kehendak undang-undang Akta Hak Kawalan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1998. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply