Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan bot tunda tiada lesen perkapalan di Miri

APMM tahan bot tunda tiada lesen perkapalan di Miri

by Air Times News Network

MIRI, 14 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot tunda yang tidak memiliki lesen perkapalan dalam negeri pada jarak lebih kurang 8 batu nautika dari muara Sungai Miri, kelmarin.

Pengarah APMM Miri, Kepten Maritim Mohd Shafie Paing berkata, pihaknya sedang melaksanakan rondaan di sekitar Miri dan telah mengesan sebuah bot tunda dalam keadaan terapung serta mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan 8 kru lelaki yang terdiri daripada 5 warga Indonesia, 2 warga India dan seorang warga tempatan, berumur dalam lingkungan 22 hingga 53 tahun,

“Kesemua kru mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah manakala pemeriksaan lanjut dilakukan, kru gagal mengemukakan dokumen perkapalan yang sah,” kayanya.

Tambah beliau, kesemua kru dan bot tunda ditahan dan diiring masuk ke jeti Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Pulau Melayu untuk siasatan lanjut.

“Kes akan disiasat di bawah Ordinan Kapal Saudagar 1952/60 kerana gagal mengemukakan Lesen Perkapalan Dalam Negeri,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply